THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Thursday, September 2, 2010

Jenis-Jenis Pengesan Cahaya(Optikal Sensor)

  Jenis Pengesan optical tergolong kepada 3 jenis iaitu :-


i)    Through-Beam (Light Barriers ) Sensor.
           











      Alat pemancar (emitter) dan penerima (receiver) dibina berasingan. Alat pemancar dan alat penerima secara diletakkan di tempat yang berasingan. Pemancar akan memancarkan cahaya manakala Penerima mengeluarkan isyarat apabila pancaran cahaya yang diterimanya digganggu/dihalang oleh objek.






ii)        Retro-Reflective (Reflex light Barriers) Sensor.
                       
Terdiri daripada pemancar dan penerima di dalam satu tempat (housing). Pancaran cahaya balikan dipantulkan dengan menggunakan pemantul (reflector) ke penerima.
Penerima akan menghasilkan isyarat penyuisan sekiranya pancaran pantulan diganggu oleh objek.

                                                                                 




           iii)           Diffused-Reflective (Reflex Light) Sensors.

                      Pengesan cahaya balikan, terdiri daripada pemancar dan penerima dalam satu rumah tetapi untuk   jarak yang lebih dekat(kurang daripada setengah meter).



PENGESAN CAHAYA (LDR SENSOR)

LDR adalah pengesan cahaya atau perintang yang sangat sensitif terhadap perubahan keamatan cahaya. Kerintangan berkadar langsung dengan perubahan keamatan cahaya. Berbeza dengan pengesan infra red dimana cahaya yang dikesan oleh litar ini menggunakan LED cerah 'bright LED' dan cahaya yang dipancarkan boleh dilihat oleh mata kasar dan bagi pengesan infra red pancaran cahaya tidak dapat dilihat oleh mata kasar manusia. Apapun setiap pengesan mempunyai kelebihan dan kekurangan terpulang pada kita untuk memilihnya.

Gambarajah 1



Gambarajah 1 menunjukkan kaedah bagaimana pengesan cahaya diaktifkan secara langsung apabila sinaran cahaya LED dipancarkan secara terus pada pengesan cahaya (LDR) dan gambar dibawahnya menunjukkan bagaimana cahaya yang dipancarkan dari LED dipantulkan semula apabila mengenai objek yang menghalang pengesan cahaya dari beroperasi.


Gambarajah 2


Gambarajah 2 menunjukkan bagaimana kedudukan yang sesuai digunakan supaya pengesan cahaya beroperasi dengan baik. Sinaran cahaya yang dipancarkan daripada LED akan dipantulkan semula ke pengesan cahaya (LDR) dan menyebabkan pengesan cahaya beroperasi . Ditengah-tengah kedudukan diantara LED dan pengesan cahaya (LDR) diletakkan 1 objek atau penahan yang dapat menghalang cahaya dari LED dikesan secara terus oleh pengesan cahaya yang boleh mengganggu pengesan cahaya dari beroperasi dengan baik.

Gambarajah 3



Gambarajah 3 menunjukkan cara penyambungan asas tanpa menggunakan sebarang IC dan hanya memerlukan 1 perintang dimana ia bertujuan menghalang LED dari terbakar apabila bekalan kuasa 5Va.t dibekalkan. Nilai perintang boleh diubah bergantung kepada kecerahan perintang yang dikehendaki. Saya selalu menggunakan perintang bernilai 330 Ohm jika voltan 5V digunakan. Jangan menggunakan perintang yang terlalu kecil nilainya jika 5V dibekalkan kepada LED.

Monday, August 30, 2010

Multimeter Jenis Analog

Jenis ini adalah banyak sekali digunakan tetapi bacaan yang diperolehi kurang tepat kerana ianya adalah bergantung kepada kemahiran seseorang itu mengendalikannya. Kemahiran dalam menentukan  bacaan dan cara memegang amat penting kerana semua ini akan mempengaruhi bacaan yang diperolehi.


Bahagian-bahagian utama sesuatu multimeter


        i.    Skala bacaan
>>   Menunjukkan skala bacaan yang akan diukur iaitu pengukuran voltan arus terus, voltan arus ulang alik, arus elektrik dan nilai rintangan.

ii.  Julat pemilih
>>   Julat pemilih adalah satu tombol di mana tempat untuk memilih unit sukatan yang  dikehendaki.

iii. Terminal keluaran
>>    Pada sesebuah multimeter mempunyai 2 keluaran iaitu terminal positif dan negatif di      mana ianya akan di sambungkan pada litar atau kaki komponen yang akan disukat.  Ia adalah sebagai punca untuk menyukat sesuatu kuantiti atau nilai.

      iv. Pelaras  0 ohm
             >>     Merupakan satu tombol yang membolehkan pelarasan dibuat untuk mendapatkan       bacaan yang tepat dan jarum penunjuk akan berada tepat pada kedudukan 0 sebelum sesuatu pengukuran dilakukan. Kedudukan 0 ini bermaksud 0 pada bahagian  sebelah  kanan  skala bacaan.  Pelarasan 0 ohm ini mesti dilakukan setiap kali julat pemilih menukar unit sukatan ohm pada julat pemilih. 

      v.  Pelarasan sifar
    >>  Ianya untuk memastikan kedudukan berada betul-betul pada kedudukan 0 iaitu  pada            keadaan asal untuk mendapatkan bacaan yang tepat.  Kedudukan 0 ini bermaksud 0 pada bahagian sebelah kiri skala bacaan.

 Cara mengukur  pada multimeter

Meter pelbagai mempunyai pelbagai fungsi yang tersendiri untuk mengukur dan membuat         pengujian terhadap komponen atau peralatan. Antaranya adalah:-

i)  Menyukat rintangan (Ω)
a)    Garisan atas sekali digunakan untuk menyukat nilai rintangan dalam ohm.
b)    Untuk mendapatkan bacaan yang tepat dan pelarasan pada julat pemilih yang sesuai adalah penting. Julat ini ditandakan dengan julat 0 hingga infiniti (∞). 
c)    Setiap kali pengukuran hendak dilakukan, pelarasan sifar perlu dilakukan iaitu untuk memastikan kedudukan jarum penunjuk berada betul-betul pada kedudukan kosong atau sifar.
d)    Setkan julat pemilih pada kedudukan julat yang paling tinggi dan tentukan nilainya. Jika bacaan yang ditunjukkan besar, setkan juga julat pemilih  pada julat yang sesuai pada nilai yang lebih besar. 
e)    Pelarasan sifar perlu dilakukan sekali lagi bagi mendapatkan bacaan yang tepat.  Bacaan yang diambil adalah dari kanan ke kiri skala bacaan.

ii)  Menyukat voltan arus terus
a)    Garisan skala yang kedua digunakan untuk menyukat voltan DC iaitu yang ditandakan dengan DCV.
b)    Skala ini ditandakan dengan beberapa angka iaitu 0.1, 0.25, 2.5, 10, 50, 250 dan 1000.Julat ini diplotkan bagi membuat pengukuran untuk julat yang disetkan pada unit kawalan.
c)    Setkan julat pemilih pada kedudukan DCV iaitu pada julat yang tinggi untuk mengelakkan bacaan yang diperolehi melebihi skala yang telah ditetapkan.
d)    Sekiranya bacaan yang diperolehi kecil dan tidak dapat dibaca dengan tepat, laraskan julat pemilih kepada julat yang kecil sedikit. Bacaan yang diambil adalah dari kiri kanan pada skala bacaan.

iii)  Menyukat voltan arus ulang alik
a)    Garisan skala yang ketiga digunakan untuk menyukat voltan AC yang ditandakan dengan ACV. Seperti juga skala DCV, skala ini juga ditandakan dengan angka yang serupa untuk membuat pengukuran dan ia juga mempunyai beberapa julat iaitu 10, 50, 250 dan 1000.
b)    Setkan julat pemilih pada keadaan kedudukan ACV dan setkan julat ke nilai yang paling tinggi. Ini adalah untuk memastikan multimeter tidak rosak akibat voltan lampau.
c)    Jika bacaan yang diperolehi kecil dan tidak dapat dibaca, laraskan julat pemilih pada julat yang sesuai. Bacaan yang diambil adalah dari kiri ke kanan skala bacaan.

iv)  Menyukat arus terus
a)    Garisan skala yang kedua digunakan untuk menyukat arus terus (DcmA).
b)    Bacaan yang diambil adalah sama dengan skala voltan arus terus (DCV) dan menggunakan 10, 50 dan 250. 
c)     Semasa membuat pengukuran arus litar perlu dipisahkan dari punca bekalan bagi membolehkan bacaan diperoleh adalah tepat. 
d)    Setkan julat pemilih pada kedudukan DcmA iaitu pada nilai yang paling tinggi.
e)    Putuskan litar dari bekalan dan ambil bacaan yang telah ditunjukkan pada skala penunjuk. Jika yang diperolehi kecil, laraskan julat pemilih pada julat yang sesuai untuk mendapatkan bacaan yang tepat. 
f)     Bacaan yang diambil adalah dari kiri ke kanan skala bacaan.

Definisi Multimeter

1. Meter pelbagai atau multimeter adalah satu alat yang amat berguna dalam kerja-kerja elektrik dan elektronik seperti mengukur bacaan voltan arus terus (AT), voltan arus ulangalik (AU), mengukur nilai rintangan dan juga mengukur arus di dalam sesuatu litar.


2. Ia juga digunakan untuk tujuan pengukuran dan pengujian sesuatu alat atau komponen. Di samping itu ia dapat menentukan samada komponen itu berada dalam keadaan baik atau tidak sebelum digunakan dan dapat mengesan kerosakkan apabila digunakan untuk mengesan kerosakan di dalam litar. Ia terbahagi kepada 2 jenis iaitu:

Multimeter Jenis Analog
Multimeter Jenis Analog

MULTIMETER