i. Skala bacaan
>> Menunjukkan skala bacaan yang akan diukur iaitu pengukuran voltan arus terus, voltan arus ulang alik, arus elektrik dan nilai rintangan.
ii. Julat pemilih
>> Julat pemilih adalah satu tombol di mana tempat untuk memilih unit sukatan yang dikehendaki.
iii. Terminal keluaran
>> Pada sesebuah multimeter mempunyai 2 keluaran iaitu terminal positif dan negatif di mana ianya akan di sambungkan pada litar atau kaki komponen yang akan disukat. Ia adalah sebagai punca untuk menyukat sesuatu kuantiti atau nilai.
iv. Pelaras 0 ohm
>> Merupakan satu tombol yang membolehkan pelarasan dibuat untuk mendapatkan bacaan yang tepat dan jarum penunjuk akan berada tepat pada kedudukan 0 sebelum sesuatu pengukuran dilakukan. Kedudukan 0 ini bermaksud 0 pada bahagian sebelah kanan skala bacaan. Pelarasan 0 ohm ini mesti dilakukan setiap kali julat pemilih menukar unit sukatan ohm pada julat pemilih.
v. Pelarasan sifar
>> Ianya untuk memastikan kedudukan berada betul-betul pada kedudukan 0 iaitu pada keadaan asal untuk mendapatkan bacaan yang tepat. Kedudukan 0 ini bermaksud 0 pada bahagian sebelah kiri skala bacaan.
Cara mengukur pada multimeter
Meter pelbagai mempunyai pelbagai fungsi yang tersendiri untuk mengukur dan membuat pengujian terhadap komponen atau peralatan. Antaranya adalah:-
i) Menyukat rintangan (Ω)
a) Garisan atas sekali digunakan untuk menyukat nilai rintangan dalam ohm.
b) Untuk mendapatkan bacaan yang tepat dan pelarasan pada julat pemilih yang sesuai adalah penting. Julat ini ditandakan dengan julat 0 hingga infiniti (∞).
c) Setiap kali pengukuran hendak dilakukan, pelarasan sifar perlu dilakukan iaitu untuk memastikan kedudukan jarum penunjuk berada betul-betul pada kedudukan kosong atau sifar.
d) Setkan julat pemilih pada kedudukan julat yang paling tinggi dan tentukan nilainya. Jika bacaan yang ditunjukkan besar, setkan juga julat pemilih pada julat yang sesuai pada nilai yang lebih besar.
e) Pelarasan sifar perlu dilakukan sekali lagi bagi mendapatkan bacaan yang tepat. Bacaan yang diambil adalah dari kanan ke kiri skala bacaan.
ii) Menyukat voltan arus terus
a) Garisan skala yang kedua digunakan untuk menyukat voltan DC iaitu yang ditandakan dengan DCV.
b) Skala ini ditandakan dengan beberapa angka iaitu 0.1, 0.25, 2.5, 10, 50, 250 dan 1000.Julat ini diplotkan bagi membuat pengukuran untuk julat yang disetkan pada unit kawalan.
c) Setkan julat pemilih pada kedudukan DCV iaitu pada julat yang tinggi untuk mengelakkan bacaan yang diperolehi melebihi skala yang telah ditetapkan.
d) Sekiranya bacaan yang diperolehi kecil dan tidak dapat dibaca dengan tepat, laraskan julat pemilih kepada julat yang kecil sedikit. Bacaan yang diambil adalah dari kiri kanan pada skala bacaan.
iii) Menyukat voltan arus ulang alik
a) Garisan skala yang ketiga digunakan untuk menyukat voltan AC yang ditandakan dengan ACV. Seperti juga skala DCV, skala ini juga ditandakan dengan angka yang serupa untuk membuat pengukuran dan ia juga mempunyai beberapa julat iaitu 10, 50, 250 dan 1000.
b) Setkan julat pemilih pada keadaan kedudukan ACV dan setkan julat ke nilai yang paling tinggi. Ini adalah untuk memastikan multimeter tidak rosak akibat voltan lampau.
c) Jika bacaan yang diperolehi kecil dan tidak dapat dibaca, laraskan julat pemilih pada julat yang sesuai. Bacaan yang diambil adalah dari kiri ke kanan skala bacaan.
iv) Menyukat arus terus
a) Garisan skala yang kedua digunakan untuk menyukat arus terus (DcmA).
b) Bacaan yang diambil adalah sama dengan skala voltan arus terus (DCV) dan menggunakan 10, 50 dan 250.
c) Semasa membuat pengukuran arus litar perlu dipisahkan dari punca bekalan bagi membolehkan bacaan diperoleh adalah tepat.
d) Setkan julat pemilih pada kedudukan DcmA iaitu pada nilai yang paling tinggi.
e) Putuskan litar dari bekalan dan ambil bacaan yang telah ditunjukkan pada skala penunjuk. Jika yang diperolehi kecil, laraskan julat pemilih pada julat yang sesuai untuk mendapatkan bacaan yang tepat.
f) Bacaan yang diambil adalah dari kiri ke kanan skala bacaan.